Tentang Cinta |
7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus Posted: 08 Mar 2012 05:00 PM PST Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin? Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina. Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam. Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.
1. Sunah para nabi dan rasul Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,
2. Zuriat keturunan Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT. 3. Suatu ibadah Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
4. Bertanggungjawab Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
5. Memelihara maruah Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
6. Menyuburkan perasaan keibubapaan Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak. 7. Disiplin rumah tangga Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ubu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat. Original post: 7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus Related posts: |
You are subscribed to email updates from Tentang Cinta To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar