Rabu, 29 Februari 2012

Tentang Cinta

Tentang Cinta


Jodoh Di Tangan Siapa?

Posted: 28 Feb 2012 06:00 PM PST

Pernah sekali saya mengikuti satu seminar pada tahun lepas di Pulau Pinang. Dalam seminar itu ada ditanyakan soalan kepada para peserta,

Jodoh di tangan siapa?

Ramai peserta, blur blur tidak faham apa yang cuba ditanya oleh penceramah. Beliau mengulang lagi sekali dan tanya kepada peserta.

Jodoh anda semua ni, di tangan siapa?

Ada la beberapa orang peserta yang menjawab, tuhan. Ada yang jawab, diri sendiri. Dan ada juga yang diam, tidak berani menjawab soalan penceramah tadi.

Kemudian, penceramah menayangkan sebuah video yang membincangkan mengenai topik tersebut.

Video itu merupakan sebuah segmen dari siaran televisyen di Indonesia yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi bernama, Mario Teguh.

Di dalam video tersebut, Tuan Mario membuka minda para penonton mengenai jodoh kita ini sebenarnya terletak di tangan kita sendiri. (keseluruhan segmen video tersebut boleh dilihat di sini: MetroNews – Jodoh di Tangan Siapa?)

Kita sendiri yang memilih jodoh kita, dan tuhan hanya menyetujui pilihan yang kita lakukan. Tetapi jika tuhan tidak bersetuju, maka jodoh itu bukanlah milik kita.

Setengah orang menginginkan pasangan yang baik, sopan santun, kaya, pandai, dan juga mempunyai sifat fizikal yang menarik. Tetapi, itu semuanya kehendak perasaan mereka sendiri.

Mereka menginginkan pasangan yang baik-baik sahaja, tetapi mereka tidak mahu menjadi orang yang baik. Mereka tidak mahu mengubah dan memperelokkan diri sendiri sebelum mendapatkan pasangan seperti yang mereka inginkan itu.

Saya bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh Tuan Mario. Memang, jodoh ini adalah pilihan diri kita sendiri. Kita yang ingin memilih seorang pasangan yang terbaik. Tetapi…apa yang penting adalah, kita perbaiki dahulu diri kita sendiri jika kita ingin mendapatkan pasangan yang terbaik. Persiapkan diri kita terlebih dahulu untuk mendapatkan pasangan yang kita impikan.

Apa pula pandangan anda? Adakah anda setuju jodoh kita semua ini terletak di tangan diri kita sendiri?

Original post: Jodoh Di Tangan Siapa?
Copyright © 2007 - 2012 Tentang Cinta All rights reserved.

Related posts:

  1. Wali Band – Cari Jodoh
  2. Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?
  3. Ketika keluar dating, siapa yang patut buat keputusan?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'''''' My Great Canvas app