Rabu, 04 Januari 2012

Tentang Cinta

Tentang Cinta


5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi

Posted: 03 Jan 2012 06:30 PM PST

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 khas kepada semua pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian… :) -Mr & Mrs Teddy-

Yang bergelar lelaki, apakah hadiah yang biasa anda berikan kepada pasangan anda pada hari jadi si dia?

Well, memang selalu kita doakan agar si dia panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya. Tetapi, apa maksud saya adalah, apakah benda atau barang yang anda berikan kepada si dia sempena menyambut ulang tahun kelahiran kekasih anda itu?

Jika anda masih blur blur, atau lupa, tidak mengapa. Di sini saya akan kongsikan dengan adan semua, lima hadiah yang paling disukai wanita sempena hari jadi mereka berdasarkan daripada respon yang diberikan di fanpage Tentang Cinta.

  1. Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Tetapi daripada survey yang dibuat di fanpage kami, ramai wanita memberitahu bahawa mereka gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.
  2. Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri? Baca artikel kami ini, Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros, untuk dapatkan maklumat tersebut.

hadiah-teddy-bear

  1. Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk. Oh ya, saya pun ada berikan Mrs Teddy sebuah anak patung teddy bear yang buncit, dan gemuk. Tetapi sekarang ni perut teddy bear tu dah jadi kempis dipeluk oleh Mrs Teddy. E..ganas! Hehehe..
  2. Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan kepada si dia sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu.
  3. Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya. Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi seperti, Indahnya Hidup Bersyariat, dan juga Hebatnya Kuasa Istikharah.

Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi mereka.

Jika hari ulang tahun kelahiran pasangan anda semakin dekat, apa kata anda ambil salah satu daripada hadiah di atas untuk diberikan kepada si dia. Saya percaya si dia pasti akan teruja dan gembira sangat-sangat. Tetapi jangan sampai anda terkantoi ambil tips dalam artikel ini pulak, sudah la ye.. :P

Original post: 5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi
Copyright © 2007 - 2011 Tentang Cinta All rights reserved.

Related posts:

  1. 10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang
  2. Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros
  3. Ingin mengetahui tentang Wanita?
  4. Selamat Hari Raya Aidiladha 2007

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

'''''' My Great Canvas app